PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ARA RENDANG
POKOK SENA,
13220 KEPALA
BATAS
SEBERANG PERAI
UTARA
Website
: http://www.skararendang.net
Email
: sk_ara_rendang @yahoo.com
|
MINIT
UCAPAN MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE 40
Tarikh : 24 Mac 2012
Hari : Sabtu
Tempat :
Dewan Terbuka SKAR
Perasmi : En.Yusof Bin Mohd Nor
Aturcara Majlis :
1.
Majlis
di mulakan pada jam 3.00 petang.
2.
Bacaan
doa oleh Ustaz Hilman Bin Sahak.
3.
Ucapan
Yang DiPertua PIBG
4.
Ucapan
Guru Besar SKAR
5.
Ucapan
Perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40
UCAPAN YANG
DI-PERTUA PIBG ( EN WAN CHIK BIN AHMAD )
§ Terima kasih kepada Pengacara Majlis,
Yang Di hormati En Mohd Yusof Bin Mohd Nor wakil kepada Tan Sri Nor Mohamed
Yakoop,Yang Berusaha Tn Guru Besar,Penolong-penolong Kanan,guru-guru, murid
serta waris SKAR.
§ Syukur kerana pada petang ini kita
berada dalam Majlis Mesyuarat Agung Kali ke 40.
§ YDP juga mengucapkan syukur kerana
sudah 5 tahun kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ini di dewan terbuka SKAR
yang selesa jika di bandingkan dengan 35 tahun dahulu.
§ Dalam abad ke 21 ini, teknologi ICT
telah melahirkan dunia tanpa sempadan.Oleh itu pelajar haruslah lengkap dengan
pelbagai kemahiran dan memiliki jati diri dalam usaha untuk meningkatkan diri
ke arah yang lebih tinggi.
§ YDP menjelaskan bahawa sudah 40 kali
Mesyuarat Agung PIBG di adakan tetapi belum ada Piagam PIBG.Oleh itu pada hari
ini di harap di adakan Piagam PIBG untuk membantu kebajikan guru dan anak-anak.
§ YDP juga menyatakan bahawa beliau
sudah hampir 8 tahun menjadi Pengerusi dan berada bersama-sama dengan sekolah
sejak tahun 2004 lagi.
§ YDP juga meminta Plan Strategik PIBG
dapat di rancang lebih awal untuk menentukan hala tuju organisasi.PIBG juga
mesti ada Visi dan Nilai.
§ PIBG juga banyak membantu dalam
pencapaian SKAR.Antaranya ialah seperti peningkatan UPSR yang semakin meningkat
pada setiap tahun.
§ Terima kasih juga di ucapkan kepada
ibubapa yang telah membantu mewujudkan kerjasama dalam pencapaian anak-anak
yang lemah,sederhana dan cemerlang.Tahniah juga kepada ibubapa yang memberikan
sumbangan kepada guru-guru atas jasa-jasa kepada pelajar SKAR.
§ YDP juga menegaskan bahawa ahli
jawatankuasa PIBG juga banyak melibatkan diri
dalam Program Kecemerlangan Sekolah antaranya ialah aktiviti sukan.
§ YDP juga menyeru agar ibubapa memberi
sedikit tumpuan kepada anak-anak terutamanya dalam penguasaan 3M ( menulis,membaca,mengira
) dan berbincang dengan guru jika anak masih tidak dapat menguasai kemahiran 3M
ini.
§ Akhir kata YDP meminta agar YB memperuntukkan jalan dan bam
seperti di kawasan perumahan serta
garisan kuning di hadapan sekolah untuk keselamatan pelajar SKAR.
§ Terima kasih juga di ucapkan kepada
En Yusof Bin Mohd Nor kerana sudi datang dan waris yang ramai pada hari ini.
§ Terima kasih juga di ucapkan kepada
para guru kerana tanpa guru sukar untuk anak-anak murid berjaya.
§ Sekian,terima kasih.
UCAPAN GURU BESAR (
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN YAHAYA,PJK,PKT )
- Terima kasih kepada Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha wakil kepada Tan Sri, En Yusof Bin Mohd Nor, Yang Di
Pertua PIBG,Pentadbiran sekolah,guru-guru,para waris,sukarela dan
adik-adik yang berjaya dalam UPSR.
- Alhamdulillah kerana hari ini
kita dapat mengadakan Mesyuarat PIBG kali ke 40.
- Tuan Guru Besar berhajat agar
SKAR dapat di jalankan pada satu sesi sahaja kerana sekarang ini SKAR
beroperasi pada dua sesi.Tahun 1,2,3 pada waktu petang dan 4,5,6 pada
waktu pagi.Tuan Guru Besar mencadangkan agar YB dapat mencari tapak sekolah baru yang berhampiran agar
proses pembelajaran dapat berjalan dengan lebih baik.
- Tuan Guru Besar juga memaklumkan
bahawa sekolah ini ialah sekolah yang tertua iaitu wujud pada tahun 1883
lagi.Oleh itu Tuan Guru Besar berharap agar pihak YB dapat memberikan
kemudahan yang lebih selesa dan kondusif seperti memberikan bantuan
aircond kepada bilik pemulihan, SAR dan bilik guru serta pencetak yang
berkuasa tinggi di Pejabat SKAR.
- Tuan Guru Besar menyatakan rasa
gembira kerana ramai waris yang datang pada hari ini dan waris juga banyak
membantu pihak sekolah dan guru-guru dalam setiap aktiviti yang di
lakukan.
- Tuan Guru Besar meminta agar
ibubapa memberi tumpuan kepada anak-anak di rumah bagi membentuk displin
pelajar yang lebih baik terutamanya dalam bidang keagamaan seperti memberi
penekanan yang lebih terhadap aktiviti sembahyang dan membaca Al-Quran
kerana ianya dapat membentuk pelajar yang berdisplin tinggi kepada guru.
- Pencapaian SKAR dalam keputusan
UPSR juga ada peningkatan selain pencapaian dalam sukan seperti sukan
memanah yang berjaya memperoleh 17 pingat berbanding hanya 8 pingat pada
tahun lepas.
- Pihak PERDA juga banyak membantu
seperti mengadakan kelas tambahan.
- Tuan Guru Besar juga menegaskan
bahawa bidang pendidikan juga telah berlaku transformasi kepada KSSR yang
bermula pada tahun 2011 lagi.
- Selain itu ibubapa di minta agar
selalu datang ke sekolah untuk melihat prestasi dan band yang di kuasai
oleh anak-anak mereka selain boleh melayari internet untuk melihat
keputusan anak-anak masing-masing.
- Akhir kata Tuan Guru Besar
mengucapkan terima kasih kepada waris, YDP PIBG dan ahli-ahli PIBG yang
banyak membantu dalam pentadbiran sekolah.
UCAPAN PERASMI
MESYUARAT AGUNG PIBG ( EN YUSOF BIN MOHD NOR )
v Terima kasih kepada Pengacara
Majlis,Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG,barisan pimpinan PIBG dan semua AJK
PIBG.Yang Di hormati Tuan Guru Besar SKAR,Penolong-penolong
Kanan,pendidik-pendidik SKAR ,pemimpin-pemimpin masyarakat,ibubapa,waris-waris
seterusnya anak-anak yang di kasihi sekalian.
v En Yusof menyampaikan salam takziah
daripada YB kerana tidak dapat hadir pada hari ini kerana berada di Taiping
untuk majlis NCAR Koridor Utara.
v Tahniah kepada waris yang dapat
datang pada hari ini.
v Tahniah kepada PIBG yang berjaya
menyusun banyak akativiti.
v En Yusof berharap agar SKAR dapat
meningkatkan sahsiah pelajar supaya dapat meningkatkan kualiti pencapaian
sekolah.
v Masih terdapat lagi pelajar yang
tidak dapat membaca Al-Quran.Berilah penekanan supaya anak-anak kita mantap
dari segi rohani,jasmani dan intelektual.
v Tahniah kepada sukan memanah yang
berjaya memenangi banyak pingat.
v Tahniah juga di ucapkan kepada
PIBG di atas program-program yang di
susun.PIBG bertujuan untuk membantu sekolah,waris dan guru melalui hubungan
yang baik.
v Pihak PIBG harus sentiasa mencari
dana.Tahniah kerana RM79,000.00 telah berjaya di kutip melalui sumbangan tuan
puan. Tahniah juga kepada pihak sekolah kerana bijak berbelanja.
v Akhir kata tahniah kepada guru-guru.Guru
perlu di kenang jasanya kerana guru-guru telah banyak membantu pelajar untuk
mencapai kejayaan.
v Waris di SKAR bertuah kerana mendapat
guru yang bertanggungjawab dan cemerlang serta pihak PIBG yang baik dan
berdedikasi dalam menjalankan amanah.
Pencatat
: Pn Nor Emelya Binti Abdul
Rahman
Pn
Jamaliah Binti Othman