KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
“Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu tinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}”
“Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)”

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.

4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.

5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.

6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.

7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.

8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.


B. Senarai Tugas:

Pentadbiran

1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.

2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.

3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.

5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.

6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.

7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.

8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.


C. Disiplin:

1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.

2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.

3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.

4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.

5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:

1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.

5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.

E. Program Perlindungan:

1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.

2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.

3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.

4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.


F. Skim Pinjaman Buku Teks:

1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.

3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.

4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.


G. Biasiswa Dan Bantuan:

1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.

2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.

3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.



Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.

2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para pelajar.

Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.


PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD) DISIPLIN

1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.

1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.

1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.


BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.

1.2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
1.2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.


KESIHATAN

1.3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.

1.3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

1.4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.

1.4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.


BIASISWA DAN BANTUAN

1.5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.

1.5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.


PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN

1.6.1 Projek Susu Sekolah.

1.6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


KURIKULUM.

3.1 Pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.


PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)

5.1 Menghadiri kursus.

5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)

5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.

5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.

5.5 Penglibatan dalam PIBG

Senarai tugas utama Unit Hal Ehwal Murid:

Senarai tugas utama Unit Hal Ehwal Murid:


  1. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
  2. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan murid demi kepentingan mereka.
  3. Merancang dan mengendalikan mesyuarat sidang penuh dan sidang kes sekiranya perlu.
  4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari murid, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah,
  5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
  6. Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan bantuan dan kebajikan murid seperti SPBT, RMT, KWAMP, pendaftaran dan perpindahan murid dan sebagainya.
  7. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.


Jawatankuasa HEM Peringkat Sekolah:

  1. Lembaga Disiplin Disiplin
  2. RIMUP
  3. Badan Pengawas
  4. SPBT
  5. Program susu sekolah
  6. Rancangan Makanan Tambahan
  7. Keceriaan
  8. Pencegahan dadah
  9. Bimbingan dan kaunseling
  10. Pencegahan denggi
  11. Keselamatan
    Kantin dan kesihatan
  12. Kebajikan murid
  13. Program Bimbingan

Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Di bawah Jawatankuasa Kurikulum SKAR 2010

 Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Di
bawah Jawatankuasa Kurikulum SKAR 2010
TARIKH : 11 Ogos 2010
HARI : Rabu
MASA : 12.30 - 145 Petang
KEHADIRAN : Semua Setiausaha Panitia Mata Pelajaran
SKAR
AGENDA : 1. Penerangan Sistem Fail Panitia Mata
Pelajaran
2. Cara-cara Menulis Minit Mesyuarat Terkini.
( edaran pekeliling drp PPD)
3. Mengemaskini Fail PBS ( BM, BI, PEKA DAN AG )
4. Hal-hal Lain