MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40


                                         PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
   SEKOLAH KEBANGSAAN ARA RENDANG
                                         POKOK SENA,13220 KEPALA BATAS
       Website   :    http://www.skararendang.net
                                                  Email    :       sk_ara_rendang @yahoo.com
___________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40
TARIKH           :  24 MAC 2012
HARI                :  SABTU
TEMPAT          :  DEWAN TERBUKA,SKAR
PERASMI         :  ENCIK MUHAMAD YUSUF BIN MOHD NOR
                              WAKIL TAN SRI NOR MOHAMED YAKOOP
.                             AHLI PARLIMEN TASEK GELUGOR.
KEHADIRAN  :   199 (WARIS) DAN 53 (GURU)
                           :  252 ORANG

BIL
AGENDA
1.0
Ucapan Yang Dipertua PIBG

1.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan para waris.
1.2  Pengerusi menjemput para AJK PIBG sesi 2011/2012 tampil ke hadapan bagi memulakan mesyuarat.
1.3  Harapan pengerusi semoga para waris mengambil berat tentang PIBG kerana  kejayaan sesebuah sekolah adalah disokong dengan keutuhan PIBG. Disamping itu, beliau juga berharap para waris perlu mengikuti perkembangan semasa  tentang perubahan sistem pendidikan sekarang iaitu dari KBSR  ke KSSR. (Mata pelajaran sudah ditukar kepada Disiplin Ilmu).
1.4  Pengerusi juga berharap  para waris perlu bertanggungjawab kepada anak-anak dalam memastikan mereka  menjadi  generasi yang berkualiti dan berketrampilan.

2.0
Menerima Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 Sesi 2011/2012

2.1 Encik Afzal Effendy b. Asmi selaku wakil kepada setiausaha Puan Shukina bt Mehat  membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 untuk diterima dan disahkan bermula dari muka surat 8 hingga muka surat 12.

              -Pn. Juriah bt Yahaya               - cadang
              -Pn.Norshidah bt Ismail           - sokong
       -Majlis bersetuju sebulat suara.

3.0
Menerima Dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Yang Berakhir Pada 31 Disember 2011.

3.1 Bendahari,Pn.Rosyimah bt Abu Bakar membentangkan laporan penyata  kewangan   
      PIBG yang berakhir pada 31 disember 2011 pada muka surat 13 untuk diterima dan disahkan.
                 -Pn. Hazlina bt Aziz           - cadang
                 -Pn. Rubiah bt Hashim       - sokong
      -Majlis bersetuju sebulat suara



4.0

Perkara-perkara berbangkit

   4.1 En. Ishak b. Ahmad inginkan penjelasan kenapa ada wakil setiausaha PIBG   
         untuk membentangkan minit mesyuarat .
         En. Wan Chik b. Ahmad  selaku YDP menjelaskan setiausaha tidak dapat hadir
         bersebab dan telah diberitahu kepada jawatankuasa PIBG.
 4.2   En. Mohd Radhi bin Jamaluddin mencadangkan agar setiap aktiviti PIBG yang
         dijalankan perlu dinyatakan  tarikhnya.


5.0

Laporan aktiviti tahunan 2011

5.1 En. Afzal Effendy b. Asmi membentangkan:

1)      Rekod Mesyuarat AJK PIBG SKAR 2011/2012
         Pertama    : 5 Mei 2011
         Kedua       : 28 Julai 2011
         Ketiga       : 28 Oktober 2011

2)      AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SEPANJANG 2011

1.   Mengadakan Majlis Perjumpaan Waris Murid Tahun 6.
2.   Mengadakan Kelas Malam Berbayar Tahun 6.
3.   Memberi Sumbangan untuk kejayaan Majlis Tilawah Al-Quran.
4.   Memberi sumbangan dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam                         
      menjayakan sukan tahunan di padang Permatang Kerai Kecil.
5.   Memberi sumbangan untuk Pelajar Cemerlang UPSR 2010.
6.   Memberi sumbangan sempena Hari Guru 2011.
7.   Memberi sumbangan kepada Majlis Persaraan Guru.
8.   Memberi sumbangan sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.
9.   Memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah luar yang mengadakan Jogathan.
10. Mengadakan Bacaan Yassin dan Solat Hajat calon UPSR 2011.
11. Memberi sumbangan berbentuk kismis kepada calon UPSR 2011.
12. Memberi sumbangan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar tahun 2011.
13. Memberi sumbangan kepada murid yang berjaya dalam pertandingan Ko- kurikulum .
14. Memberi sumbangan wang Aidilfitri untuk Rakan Sekolah Selamat.
15. Memberi sumbangan kepada Program Interaktif Zoom-A.
16. Memberi sumbangan sempena HariTerbuka Akademik 2011.
17. Memberi sumbangan bayaran jurulatih kawad TKRS.
18. Memberi sumbangan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
19. Memberi sumbangan untuk penebangan pokok dan keceriaan sekolah.
20. Memberi sumbangan Pemasangan CCTV dan Penyelenggaraan Kipas Dewan  Sekolah.
21. Memberi sumbangan untuk Program Jogathon Sekolah.
22. Memberi sumbangan dalam Mesyuarat Agung Sekolah 2011.
23. Memberi sumbangan dalam Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.
24. Memberi sumbangan dalam Program Qiyamullail Tahun 6.
25. Memberi sumbangan dalam pembelian Kompilasi Kertas Peperiksaan UPSR.
26. Memberi sumbangan bagi Program Lepas UPSR 2011.
27. Memberi sumbangan dalam Program Ceramah Motivasi.
28. Memberi sumbangan dalam pembelian kertas A4.
29. Memberi sumbangan untuk peralatan Rakan Sekolah Selamat.
30. Memberi sumbangan dalam pembelian almari dan cartridge printer.


6.0

Membincangkan usul-usul

Usul diterima untuk dibahas ialah:
Mencadangkan setiap pelajar lelaki memakai baju Melayu dan bersampin pada setiap hari Jumaat.

En. Mohd Radhi b. Jamaluddin menyokong dan menyarankan supaya murid memakai baju Melayu bebas.

En. Shuib b. Musa dari JPN menyatakan setiap murid perlu memakai baju Melayu berwarna putih  dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri.


7.0

Membubarkan AJK PIBG Sesi 2011/2012

7.1 Pengerusi, En. Wan Chik b. Ahmad membubarkan AJK PIBG 2011/2012.


8.0

Melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung Sesi 2012/2013

8.1 En. Mohd Radhi b. Jamaluddin mencadangkan En. Wan Chik  b. Ahmad.
      En. Mohd Sobri b. Abd. Manab menyokong.

9.0

Melantik Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013

- En. Mohd Sobri b. Abdul Manab  mencadangkan AJK lama dikekalkan kecuali yang tidak hadir.
- En. Mohd Radhi b. Jamaludin menyokong.


 9.1 Pengerusi
      En. Wan Chik b. Ahmad – dikekalkan.

9.2 Naib Pengerusi
      Tn. Hj. Shahidan b. Shafie -    dikekalkan.


9.3 AJK Waris

1) Pn. Norhayati bt Md Akhir           - dikekalkan.
2) En. Ahmad Shuib b.Musa             - dikekalkan
3) En. Mohd Shahrim b. Hashim      - dikekalkan
4) Pn. Zaiton bt Talib                        - dikekalkan
5) En. Mohd Sobri b. Abdul Manab - dicadang oleh Afzal Effendy b. Asmi         
                                                           - En. Amir b. Mansor menyokong

9.4 Pemeriksa Kira-kira
1. Pn.Halimah bt Khalil 
2. En. Ishak bin Ahmad            

  -dicadangkan oleh En. Mohd Radhi b. Jamaludin                                                              
  -disokong oleh En. Awang Muhamad  Razlan  b. Awang Dol    

9.5 AJK Guru  dikekalkan seperti tahun lepas.

1)      Setiausaha                               -  Pn. Shukina bt Mehat
2)      Bendahari                                -  Pn. Rosyimah bt Abu Bakar
3)      AJK Guru                                -  En. Mohd Suhaimi b. Abdul Hamid
                                                            -  En. Afzal Effendy b. Asmi
-  Pn. Azlina bt Othman
-  Pn. Normiza bt Hashim
-  Pn. Masariah bt Meor Raflan

      *  En.Mohd Radhi b. Jamaludin  menyokong cadangan guru besar.
      *  Majlis menerima sebulat suara.


10.0

Hal-hal lain

10.1 En. Mohd Radhi b. Jamaludin mengucapkan terima kasih dan begitu terhutang
        budi  kepada pihak sekolah kerana dapat mendidik  anak-anaknya diperingkat
        rendah hingga berjaya.

        Beliau juga mengucapkan tahniah kerana pihak sekolah dapat mengadakan banyak
        program untuk meningkatkan prestasi murid-murid tahun 6. Namun begitu beliau
        berharap program sebegitu dapat diperluaskan kepada semua murid termasuk
        tahun  4 dan 5.

        Beliau juga berharap pihak sekolah dapat memperbaiki sistem tandas supaya lebih
        bersih dan kondusif. Beliau mencadangkan setiap waris menyumbang RM10
        untuk membantu pihak sekolah dalam membaikpulih sistem tandas agar lebih
        selesa untuk kegunaan murid-murid.

10.2 En. Wan Chik selaku YDP PIBG menjelaskan cadangan sumbangan RM10 itu
        akan dibawa pada  mesyuarat jawatankuasa.

10.3 Tuan Penasihat menjelaskan PIBG ada dana untuk tahun 6. Oleh itu, banyak
        aktiviti yang melibatkan murid tahun 6. Bagaimanapun aktiviti untuk kelas lain
        ada juga diadakan mengikut keperluan.


11.0

Ucapan Penangguhan

11.1 Tuan Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi
         kerjasama dalam menjayakan aktiviti anjuran PIBG.

11.2 Tahniah kepada AJK PIBG yang dilantik dan dikekalkan bagi sesi 2012/2013.

11.3 Pengerusi PIBG memohon jutaan maaf andainya terdapat sebarang salah dan silap
        semasa beliau mempengerusikan majlis ini.

11.4 Pengerusi juga berharap jika ada sebarang pandangan atau cadangan bolehlah di
        salurkan kepada AJK sesi 2012/2013.




Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.


Pencatat : Pn. Sa’adiah bt Omar
                 Pn. Che Norrizah bt Yahya