MINIT UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN ARA RENDANG
POKOK SENA,
13220  KEPALA  BATAS                                        
SEBERANG  PERAI  UTARA     

Website   :    http://www.skararendang.net
 Email    :       sk_ara_rendang @yahoo.com
                                        
            
                                                            

MINIT  UCAPAN  MESYUARAT  AGUNG  PIBG  KALI  KE  40

Tarikh                          :           24 Mac 2012
Hari                             :           Sabtu
Tempat                        :           Dewan Terbuka SKAR
Perasmi                        :           En.Yusof Bin Mohd Nor

Aturcara Majlis :

1.      Majlis di mulakan pada jam 3.00 petang.
2.      Bacaan doa oleh Ustaz Hilman Bin Sahak.
3.      Ucapan Yang DiPertua PIBG
4.      Ucapan Guru Besar SKAR
5.      Ucapan Perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40

UCAPAN YANG DI-PERTUA PIBG ( EN WAN CHIK BIN AHMAD )

§  Terima kasih kepada Pengacara Majlis, Yang Di hormati En Mohd Yusof Bin Mohd Nor wakil kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakoop,Yang Berusaha Tn Guru Besar,Penolong-penolong Kanan,guru-guru, murid serta waris SKAR.
§  Syukur kerana pada petang ini kita berada dalam Majlis Mesyuarat Agung Kali ke 40.
§  YDP juga mengucapkan syukur kerana sudah 5 tahun kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG ini di dewan terbuka SKAR yang selesa jika di bandingkan dengan 35 tahun dahulu.
§  Dalam abad ke 21 ini, teknologi ICT telah melahirkan dunia tanpa sempadan.Oleh itu pelajar haruslah lengkap dengan pelbagai kemahiran dan memiliki jati diri dalam usaha untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih tinggi.
§  YDP menjelaskan bahawa sudah 40 kali Mesyuarat Agung PIBG di adakan tetapi belum ada Piagam PIBG.Oleh itu pada hari ini di harap di adakan Piagam PIBG untuk membantu kebajikan guru dan anak-anak.
§  YDP juga menyatakan bahawa beliau sudah hampir 8 tahun menjadi Pengerusi dan berada bersama-sama dengan sekolah sejak tahun 2004 lagi.
§  YDP juga meminta Plan Strategik PIBG dapat di rancang lebih awal untuk menentukan hala tuju organisasi.PIBG juga mesti ada Visi dan Nilai.
§  PIBG juga banyak membantu dalam pencapaian SKAR.Antaranya ialah seperti peningkatan UPSR yang semakin meningkat pada setiap tahun.
§  Terima kasih juga di ucapkan kepada ibubapa yang telah membantu mewujudkan kerjasama dalam pencapaian anak-anak yang lemah,sederhana dan cemerlang.Tahniah juga kepada ibubapa yang memberikan sumbangan kepada guru-guru atas jasa-jasa kepada pelajar SKAR.
§  YDP juga menegaskan bahawa ahli jawatankuasa PIBG juga banyak melibatkan diri  dalam Program Kecemerlangan Sekolah antaranya ialah aktiviti sukan.
§  YDP juga menyeru agar ibubapa memberi sedikit tumpuan kepada anak-anak terutamanya dalam penguasaan 3M ( menulis,membaca,mengira ) dan berbincang dengan guru jika anak masih tidak dapat menguasai kemahiran 3M ini.
§  Akhir kata YDP  meminta agar YB memperuntukkan jalan dan bam seperti di kawasan  perumahan serta garisan kuning di hadapan sekolah untuk keselamatan pelajar SKAR.
§  Terima kasih juga di ucapkan kepada En Yusof Bin Mohd Nor kerana sudi datang dan waris yang ramai pada hari ini.
§  Terima kasih juga di ucapkan kepada para guru kerana tanpa guru sukar untuk anak-anak murid berjaya.
§  Sekian,terima kasih.



UCAPAN GURU BESAR ( TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN YAHAYA,PJK,PKT )

  • Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha wakil kepada Tan Sri, En Yusof Bin Mohd Nor, Yang Di Pertua PIBG,Pentadbiran sekolah,guru-guru,para waris,sukarela dan adik-adik yang berjaya dalam UPSR.
  • Alhamdulillah kerana hari ini kita dapat mengadakan Mesyuarat PIBG kali ke 40.
  • Tuan Guru Besar berhajat agar SKAR dapat di jalankan pada satu sesi sahaja kerana sekarang ini SKAR beroperasi pada dua sesi.Tahun 1,2,3 pada waktu petang dan 4,5,6 pada waktu pagi.Tuan Guru Besar mencadangkan agar YB dapat mencari  tapak sekolah baru yang berhampiran agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Tuan Guru Besar juga memaklumkan bahawa sekolah ini ialah sekolah yang tertua iaitu wujud pada tahun 1883 lagi.Oleh itu Tuan Guru Besar berharap agar pihak YB dapat memberikan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif seperti memberikan bantuan aircond kepada bilik pemulihan, SAR dan bilik guru serta pencetak yang berkuasa tinggi di Pejabat SKAR.
  • Tuan Guru Besar menyatakan rasa gembira kerana ramai waris yang datang pada hari ini dan waris juga banyak membantu pihak sekolah dan guru-guru dalam setiap aktiviti yang di lakukan.
  • Tuan Guru Besar meminta agar ibubapa memberi tumpuan kepada anak-anak di rumah bagi membentuk displin pelajar yang lebih baik terutamanya dalam bidang keagamaan seperti memberi penekanan yang lebih terhadap aktiviti sembahyang dan membaca Al-Quran kerana ianya dapat membentuk pelajar yang berdisplin tinggi kepada guru.
  • Pencapaian SKAR dalam keputusan UPSR juga ada peningkatan selain pencapaian dalam sukan seperti sukan memanah yang berjaya memperoleh 17 pingat berbanding hanya 8 pingat pada tahun lepas.
  • Pihak PERDA juga banyak membantu seperti mengadakan kelas tambahan.
  • Tuan Guru Besar juga menegaskan bahawa bidang pendidikan juga telah berlaku transformasi kepada KSSR yang bermula pada tahun 2011 lagi.
  • Selain itu ibubapa di minta agar selalu datang ke sekolah untuk melihat prestasi dan band yang di kuasai oleh anak-anak mereka selain boleh melayari internet untuk melihat keputusan anak-anak masing-masing.
  • Akhir kata Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada waris, YDP PIBG dan ahli-ahli PIBG yang banyak membantu dalam pentadbiran sekolah.

UCAPAN PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG ( EN YUSOF BIN MOHD NOR )

v  Terima kasih kepada Pengacara Majlis,Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG,barisan pimpinan PIBG dan semua AJK PIBG.Yang Di hormati Tuan Guru Besar SKAR,Penolong-penolong Kanan,pendidik-pendidik SKAR ,pemimpin-pemimpin masyarakat,ibubapa,waris-waris seterusnya anak-anak yang di kasihi sekalian.
v  En Yusof menyampaikan salam takziah daripada YB kerana tidak dapat hadir pada hari ini kerana berada di Taiping untuk majlis NCAR Koridor Utara.
v  Tahniah kepada waris yang dapat datang pada hari ini.
v  Tahniah kepada PIBG yang berjaya menyusun banyak akativiti.
v  En Yusof berharap agar SKAR dapat meningkatkan sahsiah pelajar supaya dapat meningkatkan kualiti pencapaian sekolah.
v  Masih terdapat lagi pelajar yang tidak dapat membaca Al-Quran.Berilah penekanan supaya anak-anak kita mantap dari segi rohani,jasmani dan intelektual.
v  Tahniah kepada sukan memanah yang berjaya memenangi banyak pingat.
v  Tahniah juga di ucapkan kepada PIBG  di atas program-program yang di susun.PIBG bertujuan untuk membantu sekolah,waris dan guru melalui hubungan yang baik.
v  Pihak PIBG harus sentiasa mencari dana.Tahniah kerana RM79,000.00 telah berjaya di kutip melalui sumbangan tuan puan. Tahniah juga kepada pihak sekolah kerana bijak berbelanja.
v  Akhir kata tahniah kepada guru-guru.Guru perlu di kenang jasanya kerana guru-guru telah banyak membantu pelajar untuk mencapai kejayaan.
v  Waris di SKAR bertuah kerana mendapat guru yang bertanggungjawab dan cemerlang serta pihak PIBG yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan amanah.


Pencatat         :          Pn Nor Emelya Binti Abdul Rahman
                                    Pn Jamaliah Binti Othman