MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWEH DI SKAR

TARIKH : 26 OGOS 2010
HARI : KHAMIS
KEHADIRAN: PARA USTAZ DAN USTAZAH SKAR, GURU-GURU DAN PELAJAR TAHUN 6
TURUT HADIR : TUAN GURU BESAR,YDP PIBG DAN PARA AJK PIBG SERTA RAKAN-RAKAN SEKOLAH SELAMAT


SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH....



PROGRAM BACAAN PAGI

PROGRAM BACAAN PAGI BERMULA DARI BULAN JANUARI SETIAP TAHUN HINGGA SEKARANG.....
 


DISUSUN OLEH PENYELARAS PUSAT SUMBER DAN MEDIA SKAR,
PN.SARINA BINTI MOHAMED

Tuesday, August 24, 2010





PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR ( MGB )
Seramai 13 orang telah berjaya memperolehi keputusan Cemerlang 5A. Cenderamata telah disampaikan oleh
Tuan Guru Besar SKAR,Tuan Haji Abdul Rahman Bin Yahaya,PKT,PJK
sebagai penghargaan dan peransang kepada mereka dan murid-murid Tahun 6 -2010 bagi menempa kejayaan di dalam Peperiksaan UPSR sebenar yang bakal diadakan pada 21,22 dan 23 September 2010 nanti.Sama-sama kita berdoa akan kejayaan mereka....

TAHNIAH.......!
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
TAHUN 2010
TELAH DISEMPURNAKAN OLEH TUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN ARA RENDANG PADA 16 OGOS 2010 DI DEWAN SEKOLAH PADA JAM 8:30 PAGI

SPBT

1.0 RASIONAL
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Mulai tahun 2008, serperti diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Belanjawan Negara, semua pelajar akan layak menerima bantuan buku teks SPBT. Maka akan terlaksanalah objektif bahagian BBT yang ingin meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa atau penjaga yang kurang mampu serta memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Oleh kerana skim pinjaman buku teks telah diperluas kepada semua murid warganegara, maka pengurusan, pengagihan dan pengumpulan semula buku menjadi semakin kompleks. Sehubungan dengan itu semua penyelaras perlu lebih peka dan bersistematik dalam mengendalikan urusan SPBT


2.0 ANALISIS KEADAAN SEMASA
Bagi mengenalpasti masalah,kajian persekitaran sekolah telah dilaksanakan. Berbagai-bagai aspek telah dilihat dan dengan maklumat tersebut telah memberi petunjuk tentang keadaan semasa yang dihadapi oleh sekolah berkaitan dengan pengurusan SPBT. Hasil daripada pemerhatian dan penelitian didapati isu utama yang perlu ditangani ialah:
i. Meningkatkan peratusan pengagihan buku teks pada tarikh yang telah ditetapkan
ii. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap penjagaan buku teks SPBT sekurang-kurangnya dengan membalut buku dan menulis nama peminjam
iii. Menanamkan sikap aprisiasi pelajar terhadap buku teks sebagai sumber rujukan ilmu
iv. Meningkatkan peratusan pemulangan buku teks SPBT pada tarikh yang ditetapkan
Hasil dapatan kajian persekitaran ini digunakan sebagai asas kepada sesi percambahan fikiran mengenalpasti aktiviti atau program dan tindakan yang boleh dilaksanakan berdasarkan kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman yang ada.


MISI 2 : Semua pelajar mempunyai rasa tanggungjawab dan kesedaran menjaga dan menyayangi buku teks SPBT
Hasil dapatan kajian persekitaran ini digunakan sebagai asas kepada sesi percambahan fikiran mengenalpasti aktiviti atau program dan tindakan yang boleh dilaksanakan berdasarkan kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman yang ada.
MATLAMAT 2 : Jangka hayat buku teks SPBT mencapai 5 tahun, sepertimana ditetapkan
oleh BBT
OBJEKTIF JANGKA PANJANG : Pada akhir tahun 2012 semua pelajar telah memiliki rasa tanggungjawab dan kesedaran menjaga dan menyayangi buku teks SPBT


MISI 3 : Menghargai buku teks sebagai sumber rujukan ilmu yang utama dan
mempraktiskan pengetahuan yang diperolehi.
MATLAMAT 3 : Menanamkan aprisiasi pelajar terhadap buku teks sebagai sumber
rujukan ilmu
OBJEKTIF JANGKA PANJANG : Pada akhir tahun 2012 semua pelajar menghargai buku
teks sebagai sumber rujukan ilmu yang utama dan mempraktiskan pengetahuan yang diperolehi.

MISI 4 : Buku dipulangkan supaya dapat digunakan oleh pelajar lain pada
tahun berikutnya

MATLAMAT 4 : 98 % pemulangan buku teks SPBT dapat dilaksanakan pada tarikh
yang ditetapkan .
OBJEKTIF JANGKA PANJANG : Pada akhir tahun 2012 pemulangan 98 % dapat
dibuat pada tarikh yang ditetapkan kerana semua pelajar telah memahami buku akan
digunakan semula oleh pelajar lain pada tahun berikutnya





PROGRAM : PEMANTAUAN PENJAGAAN BUKU TEKS.
1.0 Pengenalan
1.1 Pemantauan penggunaan buku teks SPBT bertujuan agar pelajar menghargai bantuan serta menjaga buku yang telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada para pelajar dengan sebaik mungkin.
2.0 Sasaran.
2.1. Pelajar yang menerima buku teks SPBT.
3.0 Objektif Khusus.
3.1. Memastikan setiap pelajar yang menerima buku teks SPBT menjaga
buku dengan baik seperti membalut buku dan tidak meninggalkan buku
di sekolah.
4.0 Kekerapan Program (Setahun)
5.1 Tiga kali setahun.
5.0 Kos Pelaksanaan.
1.1. Kos yang dibelanjakan sebanyak RM 20.00, iaitu untuk minuman AJK yang
bertugas.
6.0 Indikator Kejayaan
6.1 Pemantauan kali pertama dapat mengumpulkan buku-buku yang telah
ditinggalkan oleh pelajar di dalam laci masing-masing. Secara purata 5
buah buku dapat diperolehi dari setiap tingkatan.
6.2 Selain itu, bagi kesalahan tidak membalut buku didapati 25% pelajar layak
gagal membalut buku. Dan mereka ini diberi amaran agar membalut buku
yang dipinjam.
6.3 Pemantauan kali kedua.
Buku-buku masih lagi ditinggalkan tetapi jumlah agak berkurangan.
Purata buku yang ditinggalkan ialah 3 buah buku setiap tingkatan.
Manakala bagi kesalahan tidak membalut buku juga berkurangan. Pada
kali ketiga buku-buku yang tidak dibalut dirampas dan mereka yang
inginkan buku kembali perlu membayar denda.
6.4 Pemantauan kali ketiga.
Kadar buku yang ditinggalkan di dalam laci-laci berkurangan , berigu juga dengan jumlah pelajar yang tidak membalut buku teksbn SPBT. Ini memberi petanda pelajar semakin menyedari tanggungjawab terhadap penjagaan buku teks SPBT.
7.0 Tindakan Susulan.
7.1 Terdapat kejayaan dalam meningkatkan kesedaran pelajar dalam
menghargai buku teks SPBT. Oleh itu , program ini akan diteruskan
dari semasa ke semasa.
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

DIUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA KHAS BUAT WARGA SKAR.
SEMOGA KITA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DAN PUASA KITA MENDAPAT TEMPAT DISISI ALLAH S.W.T.

.........SELAMAT BERTADARUS..........