MESYUARAT AGUNG PIBG SKAR 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-39
TARIKH           :  27 MAC 2011
HARI                :  AHAD
TEMPAT          :  DEWAN TERBUKA,SKAR
PERASMIAN   :  TUAN ACP ZULKIFLI B. HAJI ALIAS
                              KETUA POLIS DAERAH,
                              SEBERANG PERAI UTARA.
KEHADIRAN  :   242 (WARIS) DAN 58 (GURU)
                           :  300 ORANG 


















 

  


BIL
AGENDA
1.0
Ucapan Yang Dipertua PIBG

1.1  Pengerusi mengucapkan terima kasih mengalu-alukan kedatangan para waris.
1.2  Pengerusi menjemput para AJK PIBG sesi 2010/2011 tampil ke hadapan bagi memulakan mesyuarat.
1.3  Harapan pengerusi semoga ada anjakan paradigma waris agar menunggu sehingga mesyuarat berakhir sebelum mereka melangkah meninggalkan majlis.
Hal ini kerana pada tahun-tahun sebelum ini terdapat sebilangan waris yang pulang selepas majlis berhenti rehat.

2.0
Menerima Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38,Sesi 2010/2011

2.1 Setiausaha,Puan Nurul Aida Bt Abdullah membentangkan Minit Mesyuarat               Agung PIBG kali ke-38 untuk diterima dan disahkan bermula dari muka surat 8      hingga muka surat 14.
              -Puan Jalina Bt.Omar               -Cadang
              -Pn.Norhayati Bt.Md Akhir     -Sokong

-Majlis bersetuju sebulat suara.

3.0
Menerima Dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Yang Berakhir Pada 31 Disember 2010.

3.1 Bendahari,Pn.Najihah Bt Abdullah membentangkan laporan penyata      kewangan PIBG yang berakhir pada 31 disember 2010 pada muka surat 15          untuk diterima dan disahkan.
     En.Zulkifli b. Talib       -cadang
     En.Harun b. Ismail        -sokong
     majlis bersetuju sebulat suara



4.0
Perkara-perkara berbangkit

    -Tiada
5.0
Laporan aktiviti tahunan 2010

5.1 Puan Nurul Aida Bt Abdullah membentangkan:

1)      Rekod Mesyuarat AJK PIBG SKAR 2010/2011
         Pertama    : 27 Mei 2010
         Kedua       : 21 Januari 2011

2)      AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SEPANJANG 2010/2011

1.   Mengadakan ceramah keibubapaan Murid Tahun 6
2.   Mengadakan Kelas Malam Berbayar Tahun 6
3.   Memberi Sumbangan Untuk Karnival Pendidikan Islam
4.   Memberi sumbangan dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam                          
      menjayakan sukaan tahunan di padang permatang kerai kecil.
5.   Memberi sumbangan sempena Hari Guru 2010.
6.   Memberi sumbangan untuk pelajar cemerlang.
7.   Memberi sumbangan sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan,
      Hari Kanak-Kanak dan sambutan Hari Raya.
8.   Memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah luar yang mengadakan
      Jogathon.
9.   Mengadakan majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat calon UPSR 2010.
10. Memberi sumbangan berbentuk kismis dan air zam-zam kepada calon UPSR
      2010.
11. Memberi sumbangan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar tahun
      2010.
12. Memberi sumbangan @ galakan kepada murid-murid yang berjaya mendapat
      tempat / peringkat negeri dalam pertandingan kokurikulum.
13. Memberi sumbangan (duit raya) untuk Rakan Sekolah Selamat.
14. Memberi sumbangan kepada Program Interaktif Zoom A.
15. Memberi sumbangan sempena Hari Terbuka Akademik.


6.0

Membincangkan usul-usul

-          Tiada usul dibahaskan kerana pemberi usul tidak hadir dalam mesyuarat.














7.0

Membubarkan AJK PIBG Sesi 2010/2011

7.1  Pengerusi, En. Wan Chik b. Ahmad membubarkan AJK PIBG Sesi 2010/2011.


8.0

Melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung Sesi 2011/2012

8.1  Puan Juriah bt Yahaya mencadangkan En. Sahidan b. Shafie.
       Puan Jalina bt. Omar menyokong

8.2  Puan Zaiton bt. Talib mencadangkan En. Wan Chik b. Ahmad.
       Pn. Nor Azimah bt. Hassim menyokong.

·         En. Sahidan b. Shafie secara sukarela telah menarik diri dari pencalonan tersebut.
·         Penyokong En. Sahidan b. Shafie iaitu Pn. Zaiton bersetuju menarik balik cadangan beliau.
·         Majlis sebulat suara menerima.


9.0

Melantik Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012

9.1  Pengerusi
       En. Sahidan b. Shafie                      - mencadangkan En. Wan Chik b. Ahmad
       Pn. Norhayati bt. Md. Akhir           - sokong

9.2  Naib Pengerusi
       Pn. Jarina bt. Omar                         - mencadangkan En. Sahidan b. Shafie
       Pn. Zaiton bt. Talib                         - sokong

9.3   AJK Waris
1)      Pn. Juriah bt. Yahaya                     - mencadangkan Pn. Norhayati bt. Md. Akhir
Pn. Jamilah bt Ismail                     - sokong

2)      Pn. Azizah bt. Md. Noor               - mencadangkan En. Halim b. Man
Pn. Jarina bt. Omar                       - sokong

3)      Pn. Zumrah bt. Daud                     - mencadangkan En.Shuib b. Musa
Pn. Aminah bt. Abdul Rahman     - sokong

4)      Pn. Nor Azimah bt. Hassim          - mencadangkan En. Mohd Shahrim b. Hashim
Pn. Nurul Aida bt. Abdullah         - sokong

5)      Pn. Jarina bt. Omar                       - mencadangkan Pn. Zaiton bt. Talib
Pn. Norhayati bt. Md. Akhir         - sokong








9.4  Pemeriksa Kira-Kira

1)      En. Shuib b. Musa                             - mencadangkan En. Sobri b. Md. Noor
En. Mohd Saharim b. Hashim           - sokong

2)      Pn. Norhayati bt. Md Akhir              - mencadangkan En. Zulkifli b. Talib
Pn. Juriah bt. Yahaya                        - sokong


9.5  AJK Guru ( diserah dan dipilh oleh pihak guru besar)

1)      Setiausaha                             - Pn. Shukina bt. Mehat
2)      Bendahari                              - Pn.Rosyimah bt. Abu Bakar
3)      AJK Guru                              - En. Mohd Suhaimi b. Abdul Hamid
                                                - En. Afzal Efendy b. Asmi
                                                - Pn. Azlina bt. Othman
                                                - Pn. Normiza bt Hashim
                                                - Pn. Masariah bt. Meor Raflan


·          Pn. Juriah bt. Yahaya menyokong cadangan guru besar.
·         Majlis menerima sebulat suara


10.

Hal-hal lain
   10.1 En. Khairul Rizal b. Hashim memberi pandangan mengenai Jogathon 2011.  
           Kutipan derma Jogathon sepatutnya tidak sesuai diadakan dan beliau tidak  
           bersetuju. Antara objektif kutipan Jogathon adalan untuk menambah koleksi
           bahan bacaan di Pusat Sumber. Beliau mengutarakan cadangan agar dipohon
           sumbangan orang perseorangan atau gunakan duit sekolah untuk menambahkan
           koleksi bahan bacaan itu.

-          Tuan Penasihat menjelaskan duit kutipan Jogathon digunakan untuk pembangunan sekolah selain menuggu bantuan pihak kerajaan. Justeru, Jogathon adalah cara terbaik untuk menambah dana sekolah.

   10.2 Tuan Pengerusi mencadangkan Bendahari dan Setiausaha diberi kuasa untuk
           menguruskan hal ehwal kewangan PIBG.

      -    Pn Asmah Bt Mohd.Saad      - Sokong
      -    En.Sahidan B. Shafie            - Setuju









11.
Ucapan penangguhan

11.1 Tuan Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerjasama semua  
         pihak dalam menjayakan aktiviti anjuran PIBG.
11.2  tahniah kepada AJK baru sesi 2011/2012.
11.3  Pengerusi PIBG menyatakan tugas PIBG semakin kompleks dan seharusnya
         dipikul dengan tanggungjawab dan berwawasan.selain itu,pandangan dan usul
         yang diberikan akan diambil kira dalam mesyuarat AJK nanti.
11.4  Tuan Pengerusi memohon jutaan kemaafan andainya ada kesilapan dan
          kesalahan semasa beliau pempengerusikan majlis ini.
11.5  Sekiranya ada sebarang pandangan atau cadangan,sila salurkan kepada AJK   
  Sesi 2011/2012.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.


Pencatat : Pn. Fatimah Bt. Musa
                 Cik Noor Amira Bt. Abd. Halim